sila la klik. tenkiu. :)

Friday, March 23, 2012

nice :)

assalamualaikum 







nice kan? hee. 




waiting, waiting and still waiting for HIM. :)




bila masing masing dah betul betul bersedia untuk memikul tanggungjawab ni bersama, saya yakin kita akan berjumpa. saya tunggu awak. insyaAllah.

 


dimerapu oleh,
 

Wednesday, March 21, 2012

give me strength

assalamualaikum 





 minggu ni minggu yang sangat busy mengalahkan PM. PM pun tak busy macam ni. huahua. mana hang tau? bedai ja. salah satu sebab mengapa aku sangat busy ialah kerana USM SME University Internship Program. program ni adalah anjuran SME CORP. ada lebih kurang 16 orang student yang terlibat dan beberapa orang lecturer.


ada 4 kumpulan yang menjadi TRAINEE CONSULTANT untuk membantu 4 company IKS. dalam satu kumpulan tu ada 4 orang. program ni sepatutnya berjalan selama 3 bulan dan bakal berakhir minggu depan. setiap bulan akan ada presentation. so, minggu depan adalah FINAL PRESENTATION yang akan menentukan dan melihat sejauh mana kami dah bantu mereka. 





sekarang ni mula la kalu, sibuk, tak cukup masa, dan macam macam lagi la. nak siapkan slide presentation lagi, nak melawat kilang lagi, nak pergi kelas dan nak bersedia untuk presentation. jadual semua tak sama. so kena pandai pandai la manage masa tu. dah nama pun student management kan. 


aku rasa bersalah kat siblings. aku juga nak mintak maaf kat siblings aku sebab busy sikit minggu ni. tak sempat nak lepak sama sama, makan sama sama, pergi kelas sama sama. lagi satu, aku harap aku diberi kekuatan, keberanian, kekentalan, dan semangat yang tinggi untuk menghadapi semua ni. 



 
p/: semoga FINAL PRESENTATION program SME berjalan lancar. mudah mudahan kami diberi kekuatan.








 dimerapu oleh,

Tuesday, March 20, 2012

cuti cuti padang besar

assalamualaikum 





dah lama rancang nak p shopping kat padang besar ngan kawan kawan. aku dah biasa dah sebab takda la jauh beno padang besar tu. tapi teringin nak p ngan kawan kawan. ada yang tak pernah p lagi. tapi untuk perjalanan kami kali ni tak cukup korum. dua orang lagi tak ikot. total yang p 5 orang. aku, ann, yati, tikah dan ayu (roomate ann). 



kami travel ni naek bas ja. bas bertolak pukul 8.30 pagi. lagipun bas PLUSLINER yang aku selalu balik kampung tu, perhentian terakhir dia PADANG BESAR. so, tak payah la susah susah nak sewa keta bagai. duk dalam bas boleh tido ja. tapi sepanjang perjalanan p sana, tak tido pun. maybe sebab excited. maybe jugak sebab kitorang dapat seat belakang sekali, duduk satu line. senang nak bercerita. 



bila bas dah mula masuk perlis, mula la nak tunjuk macam macam kat dorang. kat situ rumah si dot dot, kat situ tempat lepak, kat situ tragedi cium jalan, kat situ jalan nak balek rumah, kat situ sekolah lama, kat situ kampung dan macam macam lagi la. on the way nak p padang besar tu dapat la tunjuk kat dorang ladang burung unta, rusa, dan kuda padi. dekat ja ngan kampung arwah nenek aku. tapi mampu tengok dari dalam bas ja la. tak boleh nak singgah. 





lebih kurang pukul 12.40 kami sampai padang besar. sampai pun dah tengah hari, lapar pulak tu. terus menuju ke foodcourt, cari pulut ayam. semua order pulut ayam.


ni la rupa pulut ayam tu. harga dia RM4.





 lepas masing masing dah kenyang, mula la aktiviti me-round padang besar cari barang nak beli. kami start kat pasar kat bawah tu. pasar tu bukak hari cuti ja. jumaat, sabtu, ahad, dan cuti sekolah. barang kat situ agak murah. makanan macam kerepek, kacang, asam dorang jual 3 RM9. kalau beli 7 RM20. sekarang ni gerai dah semakin bertambah sampai ke belakang. dulu kat depan depan ja. 



ni la rupa pasar tu. (pic google)


okey dah habes tawaf pasar bawah tu, then kami naik kat ARKED NIAGA. kat situ ada jual barang lebih kurang macam kat pasar tu tapi dia kat dalam bangunan. bangunan tu 2 tingkat. memang round habes la. kat dalam ARKED NIAGA tu ada jual jersi, blouse, skirt, tshirt, jeans, kasut, makanan, kain buat baju kurung, kad kawen wangi, beg, periuk, dan tidak dilupakan ada satu kedai jual aiskrim. sedap dan murah. tiap tiap kali p sana, aku wajib makan aiskrim tu. tapi hari tu kenyang sangat, tak makan pun aiskrim. :(




keadaan dalam ARKED NIAGA dari tingkat atas.(pic google)





contoh tshirt/jersi yang ada (pic google)




agak agak dah petang sket dalam kul 5.30 kami gerak nak p tempat tunggu bas. tapi on the way tu sempat lagi singgah makan laksa. pada mulanya nak minum ja sebab dahaga sangat. tapi ada nampak laksa, terus order. agak sedap, banyak dan berbaloi dengan harga. mangkuk besar kot.




lepas makan, dalam 6.10 kot kitorang jalan kaki ke tempat bas. time tu bas pun dah sampai, tengah tunggu kitorang. ikot jadual sepatutnya bas gerak pukul 6.30 tapi pakcik bas tu gerak awal. masa balik tu, pakcik bas tu ikut jalan balik rumah aku. lalu kampung aku. phewww. terubat jugak la rindu kat kampung halaman. (mingu lepas ja baru balik. hee)




kitorang sampai terminal bas sungai nibong dalam pukul 10.40. penat jugak tapi okey la, best jugak. bukan selalu dapat jalan ngan kawan kawan. tapi yang tak bestnya, kitorang LUPA NAK AMEK GAMBAR. wuuwuu. masa dalam bas nak balik baru teringat yang kitorang lupa nak bergambar kenangan. huhu. agak terkilan di situ tapi nak buat cemana, redha ja la. walaupun dalam hati menangis. (menangis ke?? haha)




p/s: mudah mudahan plan bercuti seterusnya nanti menjadi. harap harap tak lupa nak bergambar lagi. aminn. :)






dimerapu oleh,