minggu ni minggu yang sangat busy mengalahkan PM. PM pun tak busy macam ni. huahua. mana hang tau? bedai ja. salah satu sebab mengapa aku sangat busy ialah kerana USM SME University Internship Program. program ni adalah anjuran SME CORP. ada lebih kurang 16 orang student yang terlibat dan beberapa orang lecturer.
ada 4 kumpulan yang menjadi TRAINEE CONSULTANT untuk membantu 4 company IKS. dalam satu kumpulan tu ada 4 orang. program ni sepatutnya berjalan selama 3 bulan dan bakal berakhir minggu depan. setiap bulan akan ada presentation. so, minggu depan adalah FINAL PRESENTATION yang akan menentukan dan melihat sejauh mana kami dah bantu mereka.
sekarang ni mula la kalu, sibuk, tak cukup masa, dan macam macam lagi la. nak siapkan slide presentation lagi, nak melawat kilang lagi, nak pergi kelas dan nak bersedia untuk presentation. jadual semua tak sama. so kena pandai pandai la manage masa tu. dah nama pun student management kan.
aku rasa bersalah kat siblings. aku juga nak mintak maaf kat siblings aku sebab busy sikit minggu ni. tak sempat nak lepak sama sama, makan sama sama, pergi kelas sama sama. lagi satu, aku harap aku diberi kekuatan, keberanian, kekentalan, dan semangat yang tinggi untuk menghadapi semua ni.
p/: semoga FINAL PRESENTATION program SME berjalan lancar. mudah mudahan kami diberi kekuatan.
dimerapu oleh,





No comments:
Post a Comment