sila la klik. tenkiu. :)

Monday, November 28, 2011

cahaya siswa d' kuala nerang, kedah

assalamualaikum

tanggal 25 november sampai 27 november 2011, hari jumaat sampai ahad aku join program yang diberi nama CAHAYA SISWA D' KUALA NERANG bertempat di KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN. baktisiswa la ni. baktisiswa ni anjuran 3 persatuan anak negeri, KAKUSMA (KEDAH), IKMAR (JOHOR) dengan PERMANIS (N9). aku join under IKMAR sebab register IKMAR. hee.

bas bertolak lebih kurang pukul 10 pagi macam tu. pas tu singgah RnR Gurun. makan tengah har. then, sambung perjalanan ke KEDAH. lebih kurang kul 12.30 sampai kat KUALA NERANG. kat masjid KAMPUNG TENGAH. lepas habis solat jumaat, ada makan tengah hari. pas tu dalam pukul 3 petang, majlis perasmian start. semua berdebar debar gak la.dup dap dup dap sebab taktau sapa la yang jadi mak ayah angkat. dah tu dibahagikan 5 6 kampung gak la. tapi semua kampung tu dekat dekat ja.

aku dapat KG KUBU dengan MIN. nasib la dapat 1 kampung. umah pun takda la jauh sangat. selalu gerak pi mana mana sekali la. segan nak mintak ayah aku antar. aku dapat jadi anak angkat kepada EN RAMLI SAADAN dengan PN HABIBAH ABDULLAH. depa ni dulu JKKK KG KUBU tapi skang ni tak dah. naek keta honda. umah besar kot. tapi family ni okey sangat. masa mula mula sampai ada KAK IMAH ngan MAK TEH. aku ingat dah takda anak laen dah. rupa rupanya ada lagi 2 orang lelaki. adik dengan abang. tapi makteh balek petang tu sebab anak dia nak balek.

malam tu ada taklimat dengan gotong royong bersihkan DEWAN KEDA, KG BELUKAR untuk kegunaan program hari sabtu tu. hari sabtu pagi lak, ada aktiviti kat 3 tempat. pecah pecah la. ada yang kena gotong royong kat tempat kenduri, jadi fasi kat program pemantapan belia dengan gotong royong buat rumah. aku dengan min dapat program pemantapan belia. program tu habes kul 12. lepas tu terus p makan kenduri. jumpa mak ayah angkat kat situ. depa p tolong dari pagi lagi.

pas tu petang ada sukaneka dengan pertandingan memancing. aku tak masuk sukaneka tapi TERmasuk memancing. haha. orang dah start setengah jam dah, baru aku ngan yati masuk. malu kot. last last tak dapat ikan pun. yang dapat ikan pun tak banyak orang. ikan kat kolam tu tak berapa nak banyak dah. sebelum masa habes aku ngan kawan kawan dah balek dulu. sebab maghrib ada solat jemaah, baca yasin, ngan solat isyak jemaah kat masjid sempena AWAL MUHARRAM.

aku p masjid ngan mak ayah angkat aku. kalau ikut tentatif, malam tu ada program kebudayaan tapi dibatalkan atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. habes ja isyak, kami terus balek umah. rehat rehat, sembang sembang, makan makan, dan tengok tv.

hari ahad pagi, ada kenduri sekampung. kenduri tu dibuat kat umah aku. kat sebelah kanan umah ada padang bola. so, senang la nak dirikan khemah. ada space banyak. tapi orang sana tak panggil khemah, depa panggil BALAI. pas tu sarapan pagi depa sebut MENYOROK. pagi tu ayah p beli sarapan. aku ingatkan nasik lemak rupa rupanya pulut ngan gulai ayam. sedap la jugak. aku tak penah lagi jumpa orang jual makanan macam tu. pengalaman la ni.

dalam kul 9, barang barang untuk kenduri sampai, aku tolong potong bawang. pas tu tolong potong roti canai untuk MENYOROK. aku rasa aku tak banyak pun buat keja. sikit sikit ja kot. dah habes potong potong tu, duk relax ja. jalan jalan. kacau budak budak. lepas makan tengah hari, majlis perasmian penutup lak. ada penyampaian hadiah, cabutan bertuah, amek gambar.

lepas setel, tolong kemas kemas apa yang patut, basuh apa yang patut. kena kumpul kat masjid kul 4.30 sebab bas nak bertolak balek kul 5. tapi aku balek tumpang kawan. balek awal sket. dah sampai sini aku msg kak imah, bagitau dah sampai. tapi dia tak reply. aku paham la kat sana line susah sket. pas tu kak imah pun bukan 24jam pegang enset. hehe. kul 9 dia reply. dia cakap mak ayah kem salam. dia cakap study hard n smart. guluck. wish u success dunia n akhirat. terharu jugak la. sedih pun ada.


peserta mewakili IKMAR

k.a.m.i

peserta memancing :D


nanti nak p melawat lagi KG KUBU. nak p umah mak ayah angkat. harap harap tak lost contact.

walaupun duk sana 3 hari ja tapi banyak pengalaman dapat.

walaupun duk sana line susah nak dapat, takda FB, takda blog tapi tenang ja. tak ingat dah nak bukak FB dan stalker FB.



dimerapu oleh cik atynn ulala

No comments: