salam.
ari 2 aku mimpi dpt cincin yg aku try google2 mksud dia akan cpt kawen. wahaha. mungkinkah ya? atau mungkinkah tidak? wallahualam.
pas 2 smlm, cik adek call. dah sebulan kot tak kontek, tak call atau tak ber-sms. hehe. bukan tak nak, bukan tak rindu tapi segan. ada juga tergerak hati nak call tp malu. wee~ sejak bila tah duk malu2 ni. pas 2, mula la ati berbunga-bunga balek dan eksaited. macam orang yang baru dilamun cinta. haha. padahal tak dak apa2 pun. kawan biasa ja.
tapi dia ada cakap nak masuk meminang. sebelum2 ni pun dah banyak kali dia tanya macam 2. jawapan aku 'tak tau' ja la. takkan nak cakap 'nak nak nak' kot. macam gedik ja. takot terbertunang dengan tak sengaja lak macam duk tengok video kat facebook tu. nak cakap 'taknak' macam tak sampai hati. dalam hati ni macam nak kata 'nak' ja tapi kena pk balek macam2 untuk masa depan bersama. ecece.
dia ada cakap mungkin dia tak layak untuk aku sebab dia keja biasa ja. study pun sampai spm ja. aku tak kisah semua tu, janji dia pandai cari duet, tak boros, dan pk masa depan. setakat duk tengok ni macam dia dah berubah dan pk masa depan. dia ada bgtau, klo ada apa2 yang xkena ngan diri dia, tego2 la klo sayang lagi kat dia. erkk??
dia gak ada tanya aku sayang lagi tak kat dia. tapi aku tak bagi jawapan. dalam hati ni of course la sayang lagi. tapi tak sanggup nak bagitau. takut dia terlalu berharap dan klo bley tak mau menghampakan dia. klo dia tau aku sayang lagi kat dia, mesti dia berharap sangat. aku pun tak pasti aku tak bley lupa dia sebab apa. mungkin dia tu firstlove aku atau aku betol2 sayang dia. susah kan. huh.
aku pun tak tau psai pa dia duk sayang aku lagi. aku bukan cantik pun. sebelum2 aku, dia ada banyak gf lagi kot. ataupun dia tak dapat pengganti aku. aku klo bley nakkan jodoh yang ada keja bagus. yang tu of course la. semua pompuan nak. tapi klo cik adek ni, tak tau nak cakap la. bukan keja dia tak bagus tapi memang kena pk btol2 la.
p/s: sangat konfius skrg. rasa macam tak yah amek serius pun benda2 ni. mungkin tu yang terbaik. klo ada jodoh, ada la. klo xda, terima ja. malas dak nak pk2. klo keadaan memaksa, mungkin aku wat solat istikharah ja nnti. cherish. :)
cik atynn ulala




4 comments:
^_^....;)
@LuxuryPrincess, :D :D
like!!!
hahaha. like la sgt. :)
Post a Comment