assalamualaikum
semester baru dah bermula! dah hampir seminggu dah. semester baru, subjek baru, buku baru, henfon baru. #ehperluke? hahaha. sem ni aku register 4 subjek ja. calon calonnya adalahhhh. jeng jeng jeng..
STRATEGIC MANAGEMENT ATW393E - subjek teras
ORGANIZATIONAL MANAGEMENT AOW359 - subjek major
TECHNOLOGY AND INNOVATION MANAGEMENT APP378 - subjek elektif
PSIKOLOGI ABNORMAL STU244 -subjek minor
semua subjek ni 4 unit. total semua 16 unit. subjek nampak sikit tapi agak tough dan susah jugak la. mudah mudahan aku boleh catch up. nak baiki pointer sem sem lepas. sem depan pulak bakal amek lagi 14 unit. sem akhir praktikal, 12 unit. lepas tu insyaAllah tahun depan boleh graduate. lepas graduate boleh la kawen. eh? boleh la kerja.
kelas aku sem ni ada hari isnin, selasa dan rabu pagi ja. rabu tengah hari dah boleh beli tiket bas dan terus balek kampung jumpa family. best giler berada di tahun tiga ni. tapi jangan harap la boleh balek kampung selalu, banyak lagi tugas dan tanggungjawab kat sini yang perlu dilaksanakan. #tetiba ayat jadi skema.
p/s: dengan ini, saya berharap agar saya menjadi lebih rajin dan berdedikasi untuk lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada semester ini. doakan saya ea. ;)
dimerapu oleh cik atynn ulala


