sila la klik. tenkiu. :)

Sunday, March 13, 2011

demi cinta Allah.

salam.

tadi ada jumpa 1 artikel yg menarik.

dipetik dari i luv islam  <3 <3<3.




Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.



Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Alhamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."



Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."






cik atynn ulala

future~

salam.






ari 2 aku mimpi dpt cincin yg aku try google2 mksud dia akan cpt kawen. wahaha. mungkinkah ya? atau mungkinkah tidak? wallahualam. 


pas 2 smlm, cik adek call. dah sebulan kot tak kontek, tak call atau tak ber-sms. hehe. bukan tak nak, bukan tak rindu tapi segan. ada juga tergerak hati nak call tp malu. wee~ sejak bila tah duk malu2 ni. pas 2, mula la ati berbunga-bunga balek dan eksaited. macam orang yang baru dilamun cinta. haha. padahal tak dak apa2 pun. kawan biasa ja.  


tapi dia ada cakap nak masuk meminang. sebelum2 ni pun dah banyak kali dia tanya macam 2. jawapan aku 'tak tau' ja la. takkan nak cakap 'nak nak nak' kot. macam gedik ja. takot terbertunang dengan tak sengaja lak macam duk tengok video kat facebook tu. nak cakap 'taknak' macam tak sampai hati. dalam hati ni macam nak kata 'nak' ja tapi kena pk balek macam2 untuk masa depan bersama. ecece. 








dia ada cakap mungkin dia tak layak untuk aku sebab dia keja biasa ja. study pun sampai spm ja. aku tak kisah semua tu, janji dia pandai cari duet, tak boros, dan pk masa depan. setakat duk tengok ni macam dia dah berubah dan pk masa depan. dia ada bgtau, klo ada apa2 yang xkena ngan diri dia, tego2 la klo sayang lagi kat dia. erkk??


dia gak ada tanya aku sayang lagi tak kat dia. tapi aku tak bagi jawapan. dalam hati ni of course la sayang lagi. tapi tak sanggup nak bagitau. takut dia terlalu berharap dan klo bley tak mau menghampakan dia. klo dia tau aku sayang lagi kat dia, mesti dia berharap sangat. aku pun tak pasti aku tak bley lupa dia sebab apa. mungkin dia tu firstlove aku atau aku betol2 sayang dia. susah kan. huh.


aku pun tak tau psai pa dia duk sayang aku lagi. aku bukan cantik pun. sebelum2 aku, dia ada banyak gf lagi kot. ataupun dia tak dapat pengganti aku. aku klo bley nakkan jodoh yang ada keja bagus. yang tu of course la. semua pompuan nak. tapi klo cik adek ni, tak tau nak cakap la. bukan keja dia tak bagus tapi memang kena pk btol2 la. 










p/s: sangat konfius skrg. rasa macam tak yah amek serius pun benda2 ni. mungkin tu yang terbaik. klo ada jodoh, ada la. klo xda, terima ja. malas dak nak pk2. klo keadaan memaksa, mungkin aku wat solat istikharah ja nnti. cherish.  :)






















cik atynn ulala

Tuesday, March 1, 2011

ketika ini :)

salam.


di ketika ini, saya sedang bertungkus lumus mensetelkan segala group esaimen, individual esaimen, tutorial esaimen, xtvt2 persatuan dan sebagainya. haha. xbley blah ayat. tp setakat ni yg dh setel, entrepreneurship, im group pun bley dktakan setel walaupun blom lg. tggal nk edit background ngn wat cover page. pas 2 print. mggu ni nk antar. lega sket. dh nk berkurg dh keja. critical thinking pun dah selamat antar last week walaupun kemungkinan utk dpt A hampir2 tidak ada. haha. at least dah selamat antar. xyah pening2 dah. 


skang ni tengah pening2 dgn im individu lak. dah start dah sikit2. hehe. ib ngn i/o xtermasuk lg. uwaaa. ari khamis ni bakal bertambah lg 1 esaimen sbjek minor, psikologi perkembangan. kite bako je. haha. tetiba ja. smua 2 kna submit week 13. mudah-mudahan dpt siapkan smua sblum due date. 


eh lupa, lsp pun ada keja. resume ngn cover letter. kna submit 14 mac atau sblumnya. aiyark. sabtu ni dgn midterm ib lg. nasib la jumaat xda klas, bley la cover. insya Allah. ahad, bley pulun esaimen la. mudah-mudahan dipermudahkan segalanya. 


minggu depan dah nak dinner Amlis. lps 2 family day. next, AGM. bersama2 AGM, festival mknn utara lak. aiyark. mntak2 smua brjln lncar la hendaknya. wee. sem ni ja kna sabar sikit. lps ja abes sem ni, dah lega sikit dah. xyah nak pk2 psal persatuan. 




p/s: mari kita menyambung keja yang sedang menunggu 2. kata nak abeskn cepat2. lps 2 da bley enjoy2. hehex. :)








cik atynn ulala